- Kedudukan Umno Sabah di peringkat pusat semakin kukuh. Ini berikutan kemenangan wakil-wakil dari negeri ini di dalam pemilihan jawatan semasa perhimpuan agung umno bulan lepas.
- Lantaran dari itu, beberapa orang pemimpin dari negeri Sabah ini telah dilantik sebagai menteri dan timbalan menteri didalam kabinet Najib yang baru dibentuk itu.
- Sabah dan Sarawak yang kini menjadi penyambung nyawa kepada Barisan Nasional selepas liang lahat mereka sudah siap digali di Semenanjung.
- Kemenangan Parti Rakyat Sarawak di Batang Ai baru-baru ini mengukuhkan andaian bahawa Najib sangat-sangat memerlukan sokongan masyarakat di Malaysia Timur.
- Negeri Sabah pernah dipimpin oleh pembangkang. Parti Bersatu Sabah pimpinan Pairin Kitingan pernah menjadi pilihan orang-orang Sabah satu ketika dulu.
- Tuntutan royalti minyak sebanyak 20% yang diperjuangkan oleh PBS mendapat sokongan kuat dari rakyat negeri Sabah.
- Pada masa ini, royalti dari hasil minyak yang dinikmati oleh negeri pengeluar minyak seperti Terengganu, Sarawak dan Sabah ialah cuma 5% dan baki 95% lagi diambil oleh pusat.
- Menifesto Pas Terengganu semasa pilihanraya 1999 dahulu antaranya ialah untuk menuntut kenaikan royalti minyak kepada 20% jika berjaya memerintah.
- Malang buat rakyat Terengganu, mereka telah memilih Pas pada tahun itu tetapi royalti minyak telah ditarik secara zalim oleh kerajaan pusat setelah idea itu timbul dari seorang ahli Umno rakyat negeri itu juga.
- Royalti minyak di Terengganu kemudian bertukar menjadi wang ehsan.
- Fenomena wang ehsan mungkin tidak akan berlaku di Sabah dan Sarawak jika BN tumpas negeri ini.
- Ini kerana, jikalau tewas di Sabah dan Sarawak, kemungkinan Pakatan Rakyat sudah berjaya menguasai Malaysia secara keseluruhannya.
- PBS yang kini telah menyertai semula BN dan tuntutan 20% roalti minyak juga seperti telah hilang.
- Pada saat Najib yang sangat terdesak kepada sokongan manyarakat Malaysia Timur. Maka, sekarang adalah masa yang terbaik untuk orang-orang Sabah dan Sarawak menuntut royalti dari hasil mahsul yang dikorek dan dicantas dari bumi negeri mereka.
- Walaupun hasil negeri yang ada dilaporkan dimonopili oleh kepimpinan peringkat negeri. Tetapi sekurang-kurangnya, kenaikan royalti minyak ni sedikit sebanyak boleh memberi tempias kepada rakyat.
- Jikalau tuntutan ini tidak dapat dipenuhi, maka rakyat di Sabah dan Sarawak harus pandai bermain tarik tali.
- Beberapa pemimpin bolasepak Sabah dan Sarawak sendiri pernah mengugut agar kedudukan mereka di dalam Malaysia harus dikaji semula hanya kerana tidak berpuas hati dengan keputusan FAM beberapa tahun dahulu.
- Malah, pada ketika itu, ada penyokong-penyokong bola ini memijak-mijak bendera Malaysia.
- Orang-orang seperti Anifah Aman dan Awang Mahyan mesti masih ingat lagi cerita ini.
- Jikalau isu bola pun sudah membuat orang-orang Sabah dan Sarawak terfikir mengenai kedudukan mereka didalam Malaysia, inikan pula isu besar seperti royakti minyak ini.
- Bukanlah maksud saya untuk meminta mereka keluar dari Malaysia, tetapi cukuplah dulu dengan cara mengertak untuk menukar parti kepimpinan negeri.
- Sabah dan Sarawak yang selama ini seolah-olah dipinggirkan dan kini adalah masanya untuk mereka membantu memulihkan keadaan. Peluang sekarang sudah terhidang didepan mata.
Nota kaki :
Menurut laporan kewangan yang dikeluarkan oleh Petronas untuk tahun 2008, Sarawak merupakan negeri pengeluar minyak terbesar di Malaysia iaitu 49.8% diikuti Terengganu sebanyak 42.5% dan Sabah 7.7%.
0 comments:
Post a Comment